Makmal Metalurgi
Makmal Metalurgi

Makmal Metalurgi

41°47′25″N 87°35′56″W / 41.79028°N 87.59889°W / 41.79028; -87.59889Koordinat: 41°47′25″N 87°35′56″W / 41.79028°N 87.59889°W / 41.79028; -87.59889Makmal Metalurgi (bahasa Inggeris: Metallurgical Laboratory; disingkat sebagai Met Lab) ialah sebuah makmal sains di Universiti Chicago yang ditubuhkan pada Februari 1942 untuk mempelajari dan menggunakan unsur kimia plutonium terbaru. Makmal itu mengkaji unsur kimia dan metalurgi plutonium, mereka reaktor nuklear pertama di dunia untuk menghasilkan unsur tersebut, dan membangunkan cara ahli kimia untuk memisahkan unsur tersebut dari unsur-unsur lain. Pada Ogos 1942 bahagian kimia makmal tersebut menjadi yang pertama untuk secara kimia memisahkan sampel plutonium yang dapat ditimbang, dan pada 2 Disember 1942, makmal itu menghasilkan tindak balas rantai nuklear kendalian pertama, dalam reaktor Chicago Pile-1, yang dibangunkan dibawah tribun dari stadium bola sepak universiti tersebut, Stagg Field.Makmal Metalurgi ditubuhkan sebagai sebahagian dari Projek Metalurgi, juga dikenali sebagai Projek "Pile" atau "X-10", yang diketuai oleh profesor Chicago Arthur H. Compton, seorang penerima Hadiah Nobel.

Makmal Metalurgi

Staf 2,008 pada 1 Julai 1944
Pengarah Richard L. Doan
Samuel K. Allison
Joyce C. Stearns
Farrington Daniels
Bidang penyelidikan Kimia dan metalurgi plutonium, rancangan reaktor nuklear
Lokasi Chicago, Illinois, Amerika Syarikat

41°47′25″N 87°35′56″W / 41.79028°N 87.59889°W / 41.79028; -87.59889Koordinat: 41°47′25″N 87°35′56″W / 41.79028°N 87.59889°W / 41.79028; -87.59889

Nobel Laureates Enrico Fermi
James Franck
Glenn Seaborg
Eugene Wigner
Belanjawan $30.69 juta (1943–1946)
Ditubuhkan Februari 1943 (1943-02)
Jenis penyelidikan Dikelaskan
Operating Agency Universiti Chicago